Rabu, 18 Julai 2012

TANDUK RUSA PUTIH




  • Disimpan dirumah bagi mengelak ilmu pukau dan pencuri tidak kelihatan rumah kita.

IKAN TEMPEL




  • Pelaris perniagaan
  • Isteri yang curang akan melekat bersama lelaki lain.

BUNGA SERAI WANGI




  • Pelaris perniagaan
  • Pengasih

BULU BURUNG CENDERAWASIH




  • Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, musuh jadi sahabat, rezeki jadi mudah, kalau yang dengki kepada kita tertutup hati dengkinya serta pendinding sihir.
  • Disimpan di rumah menjadi pendinding dari perbuatan khianat  seperti kecurian dan ilmu pukau.
  • Disimpan di premis perniagaan sebagai pelaris perniagaan.

BULUH RUNCING




  • Ditakuti orang yang menuntut ilmu kebal.

KEMENYAN JIN



  • Gunanya untuk memanggil jin bagi dijadikan umpan dalam perubatan tradisional. Ianya bagi yang terkena gangguan makhluk halus dan asap yang keluar dari kemenyan tersebut akan menark perhatian jin tersebut.


AWAS! Jika tidak kuat semangat atau tanpa tujuan dan niat yang tidak betul, boleh memudaratkan diri, boleh jadi gila atau tidak siuman.

BULU LANDAK MATI BERAGAN




  • Pagar rumah untuk makhluk halus yang jahat.
  • Ubat bisul
  • Sebagai penunjuk bacaan Al-Quran dengan khasiat melancarkan bacaan.

BULUH PERINDU




  • Berupaya melunakkan suara
  • Pemanis sehingga memikat hati sesiapa yang melihat pemakai.
  • Pelaris perniagaan
  • Mengikat kasih dan cinta.
  • Memupuk rasa cinta yang berkekalan antara pasangan suami isteri.
  • Sebagai pendinding.